Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam semua.....

Firstly, Lisa nak ucap terima kasih atas kesudian korang singgah ke blog ni..

Lisa wujudkan blog ni buat korang di luar sana
untuk lebih mengenali produk GIFFARINE...
Semua info dan gambar-gambar yang terkandung dalam blog ini adalah milik peribadi atau dari sumber2 yang telah dibenarkan...
Blog ni diwujudkan agar dapat berkongsi info dan juga untuk bertanya mengenai produk GIFFARINE secara lebih lanjut..

Buat pengetahuan semua, Lisa base kat Puchong. Kepada sesiapa yang berada di sekitar Puchong,
bolehlah hubungi saya (Lisa) 012-3175100 untuk bertanya :)

Peluang perniagaan ini Lisa nak sangat kongsi dgn korang semua. Tiada paksaan dalam GIFFARINE... InsyaAllah...
Semoga rezeki kita semua ada di sini...
Amin.

Kilang Giffarine

Lisa mau berkongsi segala2nya mengenai Giffarine dengan korang semua...
Lihatlah sendiri kilang Giffarine...mungkin dengan info ni Lisa boleh meyakinkan korang semua mengenai produk ini...
Terima kasih...

Jom layan =)

Tuesday, April 26, 2011

Giffarine : Jus Delima (Granada Juice)

Jus Delima 
(Granada Juice)


Ni la produk pertama skali yang Lisa mula berkenalan ngan produk Giffarine ni... Teman baik Lisa rekemen minum jus delima ni sebab Lisa duk citer kitaran haid Lisa tak seimbang lagi walaupun dah lame kawin =(
So...Lisa try lah untuk bulan pertama....
Alhamdulillah....
mula2 datang haid tu pun dah tak berketul2...
dah lancar jer pengaliran darah...
Lisa suka...Lisa suka...


Lisa teruskan lg minum jus delima ni...next month tu kitaran haid Lisa datang on time dalam masa 28 hari kitaran normal....lepas tu Alhamdulillah....kitaran haid Lisa sekarang dah kembali normal....Lisa syukur sgt...yelaa...kite kan org perempuan...kalau masalah kitaran haid ni tak normal, agak bermasalah laa...

Bila dah minum jus ni, Lisa pun mula perasan...kulit pun dah makin lembap....kulit dah makin moisture gitu...pahtu dah tak sensitif sgt dah....sikit2 kulit dah nampak makin cerah...=)
 Dulu tu Lisa tak brapa nak yakin bile kawan bgtau...jus delima ni memang elok untuk kulit....lagi 2 untuk wanita mengandung tau...InsyaAllah kulit baby nanti jadi cantik dan tak sensitif tau...ni dari pengalaman kawan2 Lisa yang dah minum time mengandung....kalau nak start minum boleh laa start minum time 7 bulan ke atas.... diorang pun bgtau...InsyaAllah kalau jaundice tu kurang laa sikit nak kena....tu diorang yang citer...Lisa takde pengalaman lagi bab tu....

Tapi dari pengalaman Lisa sendiri....Lisa confident nak rekemen jus delima ni untuk korang semua.....Nanti korang rase sdiri lah plak...pastu kongsi nga Lisa kat sini...

Jus delima ni 100% tiada campuran bahan pengawet...memang pure jus...tu yang berkesan tu agaknya...So..kalau dah bukak penutup ni kenelah letak dalam peti sejuk...sebab ia tiada bahan pengawet...

Sape2 nak berkongsi pengalaman Lisa ni bolehlah cuba....InsyaAllah...Lisa rase korang mesti tak kecewa...
Kalau nak try...bolehlah dapatkan nga Lisa tau =)

Harga bukan ahli : RM 71.30
Harga ahli : RM 53.40

Net Weight : 700ml

RAHSIA DELIMA - RAJA SEGALA BUAH

Artikel ni Lisa petik dari internet =)

 Tahukah Anda,
RAJA BUAH yang sebenarnya adalah DELIMA bukannya DURIAN.

Sesungguhnya buah Delima mempunyai tahap antioksidan yang tertinggi daripada buah-buah yang lain dan ianya terdapat didalam SYURGA.

  “Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon Kurma dan Delima”.
(Surah Ar Rahman : Ayat 68)

Buah Delima atau dari segi saintifiknya Punica Granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan Darah Merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit Anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

DELIMA AGEN PENYEMBUHAN
Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Quran, mengandung potassium yang besar jumlahnya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.
Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga denyutan jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung), mencegah Edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy).
Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.


RAHSIA PENCIPTAAN DELIMA
Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Punica granatum dalam istilah botani juga terdapat di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa a.s lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon.
Buah Delima menjadi simbol KESUBURAN bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol KEBANGKITAN semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang BERKAT selain daripada buah limau dan pic.
Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam SYURGA yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam Surah Al An'am ayat 99 dan ayat 141.
Imam Al Ghazali mengajak manusia agar merenung sejenak tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama.
Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai UBAT PENAWAR. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk.
Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud:
"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".
Jus Buah Delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.
Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia.
Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah SWT.
Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah SWT cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.